Akhirnya.

AKHIRNYA SAKSI KE-9 1MDB, DATO SHAHROL MENGAKU NAJIB TAK TERLIBAT

Hari ini saya di Mahkamah lagi untuk mengikuti bagaimana saksi utama pihak Pendakwa iaitu Dato Shahrol bekas CEO 1MDB di soal balas oleh Peguambela Ts Shafie Abdullah. Antara fakta penting ialah;

  1. Jho Lo bawa YDPA Tuanku Mizan ke Abu Dhabi. Tuanku impressed dengan Sovereign Fund di sana dan nak buat TIA (Trengganu Investment Authority)
  2. Shahrol mengakui TIA adalah brainchild/baby Tuanku Mizan.
  3. Ds Najib tidak terlibat langsung kerana dia pun belum jadi PM.
  4. Shahrol kenal Jho Lo sejak 2007 dan ditawar bekerja dengan TIA akhir 2008.
  5. Mac 2009 Jho Low bawa Shahrol jumpa Sultan Mizan dan ditawar CEO TIA. Tawar hari jumaat dapat surat lantikan isnin.
  6. Ketika itu Goldman Sachs, JP Morgan dan Nomura sudah terlibat dengan TIA kerana Jho Low yang bawa masuk.
  7. Shahrol mengaku jumlah gajinya pun dia minta melalui Jho Low
  8. Ketika itu Najib tidak terlibat langsung
  9. Bahkan Shahrol patuh cadangan Jho Low untuk melantik Casey Tang sebagai Pengarah Eksekutif
  10. Shahrol mengakui dia mempercayai Jho Low dan Casey Tang dari 2009-2015
  11. Jho Low adalah orang yang paling berpengaruh
  12. Shahrol mengaku dia tidak boleh menyalahkan Ds Najib apabila dia selaku CEO ditipu oleh Jho Low
  13. Shahrol mengaku dia terima dua hp blackberry dari Jho Low. Semua komunikasi/email dengan Jho Low guna blackberry
  14. Shahrol mengaku SPRM dan PDRM langsung tidak merampas blackberry tersebut sebagai bahan bukti
  15. Jho Low arah padam semua email tersebut
  16. Amhari dan pegawai Maybank pun dapat blackberry dari Jho Low dan dapat arahan yang sama
  17. Shahrol mengakui jika IPO syarikat tenaga dilaksanakan ia bukan sahaja bagus untuk 1MDB tetapi menguntungkan negara.
  18. Tetapi Ia terpaksa dibatalkan kerana sabotaj oleh Pembangkang (PH) ketika itu.
  19. Shahrol mula berpeluh bila kekayaan beliau dibangkitkan. Beliau dikaitkan sebagai 1MDB Officer 2. Ini dedahkan oleh Tim Leissner Pegawai Bank Goldman Sach yang didakwa di Amerika
  20. Beliau mendakwa menerima dana dari Jho Low dan dipindahkan ke akaun 1MDB Officer 2 iaitu Datuk Shahrol sebagai pemilik bermanafaat.

tulisan: Puad Zarkashi

ok..korang tengok balik point ke 17 dan 18. Sebab sabotaj dari PH inilah sekarang bil elektrik kita tinggi.

Nampak tak betapa celakanya pemimpin2 PH ni?

OK takpe, Kita tunggu perbicaraan esok

-Tun Carlos

💢More on telegram: https://t.me/tuncarlos